Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Dakwah... kenapa ia sungguh ekslusif?

Posted by IYA Bangalore On 4:59 AM





Apa yang hadir dalam minda anda bila disebut perkataan 'dakwah'?

Tabligh?
Ustaz?
ceramah?
kopiah?
jubah?
usrah?

Bila disebut pendakwah golongan mana yang pertama sekali kita fikirkan?






ustaz...?
tok guru...?
Pak Imam...?
Pak Kiyai...?
Pegawai JAIS...?

Seringkali kita fikirkan bahawa kerja-kerja dakwah ini hanyalah untuk golongan tertentu. Kalau sekalipun ada ustaz yang berceramah, atau khatib berkhutbah menceritakan tentang kepentingan dan kemestian dakwah, ayat-ayat ceramah itu hanya akan jadi bahan anggukan para pendengar. Balik-balik, setelah kering tekak berceramah, para pendengar masih lagi menganggap dakwah itu perlu dilakukan oleh si penceramah sahaja.

Maka jadilah dakwah itu kerja ekslusif para ustaz dan para penceramah... ia kerja ekslusif hanya untuk mereka... atau lebih tepat lagi hanya layak untuk para ustaz dan para penceramah, bukan untuk golongan marhaen yang tidak bertitle 'ustaz' atau tidak tahu ilmu agama.




Kenapa ini mesti berlaku? Sedangkan Islam datang dengan dakwah... ia tidak akan berkembang dari tanah arab sehingga ke Tanah Melayu tanpa dakwah. Ia adalah sebahagian besar dari Islam yang dianuti golongan terawal yakni golongan sahabat. Kenapa hari ini, dakwah begitu asing dari hidup masyarakat? Seolah-olah dakwah itu merupakan something 'extra' dari kehidupan seorang Muslim, bukanlah something yang 'intrinsic' sebagaimana intrinsicnya solat, puasa, zakat dan haji?

Pada entri lepas saya juga telah menyentuh dengan dalil Al-Qur'an betapa dakwah itu adalah sebahagian dari hidup seorang Muslim selain rukuk, sujud dan berbuat kebajikan, serta membayar zakat:

Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. [22:78] 

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. [22:79]

Persoalan entri saya ini berlegar disekitar persoalan kenapa dakwah itu menjadi hak ekslusif golongan agamawan, tidak menjadi hak atau tanggungjawab golongan marhaen sebaliknya, walhal saya percaya golongan agamawan tidak ingin ia berlaku demikian.

Izinkan saya membuat kajian ini menerusi pengalaman serta pemerhatian saya...

Kebiasaan kita lihat golongan pendakwah menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah mereka dengan ceramah-ceramah, penulisan, forum, diskusi, dan sebagainya. Mereka berusaha keras siang dan malam untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat seraya mendidik mereka agar lebih dekat kepada agama... Alhamdulillah, dengan adanya usaha mereka ini masyarakat telah dapat dibangkitkan dari kejahilian kepada ketaatan. Masyarakat telah dididik bagaimana untuk solat, masyarakat telah dididik bagaimana untuk membaca Al-Qur'an. Masyarakat telah dididik agar tidak bergaul bebas. Dengan kata lain, masyarakat telah dididik untuk melaksanakan ibadah-ibadah khusus dan umum dengan baik. Mereka juga telah dididik agar tidak terjebak ke dalam kegiatan maksiat.

Tetapi sayangnya, terdapat satu aspek agama yang masyarakat tidak dididik dengannya... iaitu dakwah. Saya tidak mengatakan bahawa masyarakat tidak dididik dengan kepentingan dakwah. Barangkali telah banyak ceramah-ceramah atau program-program yang dijalankan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan dakwah.

Namun apa yang kurang adalah dididikan kepada masyarakat tentang kaedah dakwah, bermula dari niat sehinggalah kepada setiap inci perlakuan dakwah itu, sebagaimana masyarakat telah dididik dengan kaedah solat, bermula dari niat hinggalah kepada cara-cara mengangkat jari ketika duduk tahiyyat akhir.

Para ustaz mestilah telah berusaha sedaya upaya untuk mengajar masyarakat tentang cara-cara solat atau cara-cara puasa. Dan cara untuk memastikan masyarakat memahami pengajaran adalah dengan memastikan mereka melaksanakan ibadah itu. Teori dan praktikal mesti seiring di dalam pendidikan. Senang kata, ceramah kaedah solat sahaja tidak mencukupi, ia mestilah diiringi dengan praktikal solat itu sendiri. Inilah yang telah diterapkan di sekolah-sekolah. Maka retilah anak-anak kita untuk solat.

Tetapi lain pula dengan dakwah... para penceramah ini kurang menjadikan dakwah itu sebagai bahan pengajaran yang diikuti dengan praktikalnya sekali. Maka andai diceramahkan kepentingan-kepentingan dakwah itu sekalipun, tanpa mengajak masyarakat mengikutinya untuk berdakwah, sudah pasti sukar untuk masyarakat menjadikan dakwah itu sebahagian dari hidupnya sebagai muslim sebagaimana solat menjadi sebahagian dari hidupnya.

Maka jadilah dakwah itu kerja-kerja ekslusif para ustaz dan para penceramah sebagaimana ekslusifnya sebahagian ibadah seorang paderi.

Sebagaimana pentingnya untuk kita sampaikan dakwah supaya orang awam solat agar mereka mendapat hak menikmati syurga, demikian juga pentingnya untuk kita sampaikan dakwah kepada manusia supaya mereka turut sama berdakwah agar mereka boleh menikmati syurga yang lebih tinggi... syurga setaraf para anbia' mungkin...

Oleh itu, persoalan sekarang, bagaimana kita boleh jadikan dakwah itu hak dan tanggungjawab semua orang?

Seringkali kita mengajak orang supaya taat dengan amal-amal asas seperti solat, zikir, baca al-qur'an dan sebagainya dengan memastikan mereka melaksanakan amal-amal itu bersama kita. Untuk memastikan amalan-amalan itu lebih berkualiti kita ajarkan mereka fiqh-fiqh berkenaan amalan-amalan itu.

Sama seperti amalan-amalan asas tersebut, dakwah juga merupakan salah satu dari amalan-amalan asas. Dan cara terbaik untuk memastikan manusia melaksanakan dakwah sebagaimana dia laksanakan solat, zikir dan baca al-qur'an dengan taatnya adalah dengan memastikan mereka juga melaksanakan dakwah itu. Dan untuk memastikan dakwah itu berkualiti, kita ajarkan mereka fiqh-fiqh dakwah.

Kita juga sering meniupkan semangat kepada mereka yang didakwah agar taat melaksanakan solat dan berzikir serta baca al-qur'an dengan membacakan hadith-hadith, ayat-ayat Al-qur'an serta kisah para sahabat berkenaan amal-amal demikian. Begitu jugalah sepatutnya kita lakukan untuk meniupkan semangat kepada mereka yang didakwah agar mereka juga turut sama berdakwah dengan kita.

Oleh yang demikian, saya mengajak diri saya serta sahabat-sahabat yang sudahpun meletakkan landasan hidupnya pada dakwah agar melebarkan sayap dakwahnya dari sekadar mengajar solat, puasa, zakat etc kepada mengajarkan cara-cara untuk berdakwah. Agar sahabat-sahabat kita yang lain dapat juga merasa nikmat berdakwah sebagaimana mereka merasa nikmat tenangnya solat dan puasa.

Wallahuallam

Anas Aminin
Timbalan Pengerusi IYA Bangalore

Sumber: http://sunnatullah.blogspot.com

0 Response to 'Dakwah... kenapa ia sungguh ekslusif?'

    Followers