Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Moment For Palestine 3

Posted by IYA Bangalore On 5:32 AM

“ Sesiapa yang meguasai Palestin, maka dia menguasai dunia.”-Solahuddin Al-Ayyubi


Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa kerana dengan limpah dan kurnianya, Moments For Palestine (MFP) siri ke 3 berjaya dijalankan dengan jayanya. Program MFP-3 ini telah diadakan pada 8 Nov 2009 berlokasi di Auditorium IMS Bangalore. Program ini merupakan anjuran Islamic Youth Association of Bangalore dengan kerjasana Aman Palestine Malaysia Berhad, Malaysian Students Association of India (MSAI) Bangalore dan juga International Medical School Association (IMSA). Program dimulakan pada pukul 10 pagi dengan jumlah kehadiran dengan anggaran seramai 200 orang.




MFP-3 kali ini dengan tema: ‘Al-Aqsa dalam bahaya, dimanakah Solahuddinnya?’, dengan matlamat untuk memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar IMS khususnya berkaitan isu palestin serta menjelaskan tanggungjawab mereka terhadap saudara semuslim yang lain yang sedang berhadapan dengan kesulitan  Ceramah program kali ini disampaikan oleh tetamu jemputan khas, Prof Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin iaitu Perunding Aman Palestine Berhad. Kehadiran beliau ke bumi India ini turut ditemani isterinya, Dr. Naziah Haron.

Program dimulakan dengan tayangan video bermesej untuk menyedarkan para pelajar tentang matlamat sebenar menghadiri program MFP-3 seterusnya diikuti oleh bacaan doa untuk memberkati majlis diketuai oleh saudara Dzulhilmi Bin Mohamad Zin. Penyampaian oleh Dr. Zainur Rasih adalah rujukan daripada penulisan beliau sendiri yang bertajuk Palestine Dijajah: Dimanakah Solahuddinnya. Ceramah dibahagikan kepada 2 bahagian. Pertama: Umat Islam-Palestine dan Kenapa Palestine? Bahagian kedua pula: Dimana Solahuddinya dan bagaimana untuk membantu Palestine. Dalam bahagian pertama, Dr. Zainurrashid membentangkan kepentingan Masjidil Aqsa sebagai qiblat pertama umat Islam, lokasi berlakunya Isra’ Mi’raj dan kota besar Islam ketiga yang terletak di Baitul Maqdis. Rumusan daripada bahagian pertama ceramah beliau menyedarkan para pelajar bahawa isu Palestine ini wajib untuk diberikan perhatian. Selesai bahagian pertama pembentangan oleh Dr. Zainur Rashid, program disusuli dengan aktiviti jualan amal seperti makanan, buku, calendar dan barangan Palestin, serta pameran kesedaran Palestin.

Kemudian program diteruskan dengan pembentangan kedua yang menyentuh era zionis yang kian berakhir, sedikit sebanyak ketokohan Solahuddin Al-Ayyubi (Tokoh Pembebasan Palestin) serta penerangan tentang pelbagai bentuk bantuan yang mampu disampaikan oleh masyarakat terhadap rakyat Palestin. Dr. Zainur Rashid mengakhiri pembentangan kali ini dengan suatu persoalan yang sangat menarik, ‘Siapakah Solahuddin yang akan membebaskan Palestin?’. MFP-3 diakhiri dengan bacaan Deklarasi Solidariti: AYUH BANTU PALESTIN yang diketuai oleh saudara Dzulhilmi Bin Mohd Zin dan penyampaian cenderahati. Program berakhir pada pukul 2 petang.


Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dari Mangalore, Kolar dan Devangere kerana turut sama menjayakan program MFP-3 kali ini. Semoga program ini akan dapat membuka minda serta menyedarkan generasi kini tentang perjuangan yang harus diteruskan oleh Solahuddin Al-Ayyubi umumnya yang berusaha sepanjang hayatnya membebaskan Palestin. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha untuk menanamkan rasa peduli kepada isu Palestin.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang turut terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini diberkati dan diredhai oleh Allah.
Sekian, terima kasih.


“Tiada beriman seorang dari kamu sehingga dia mencintai segala sesuatu bagi saudaranya sebagaimana yang dia cintai bagi dirinya.” (HR. Bukhari).


Disediakan oleh,
Nur Athira Bt Muhamad Yunus
Setiausaha Program MFP-3

0 Response to 'Moment For Palestine 3'

    Followers