Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Program:MABIT Siri 1 2010

Posted by IYA Bangalore On 8:40 AM

Bangalore, 16-17 Januari 2010: Malam Bina Iman dan Taqwa atau ringkasnya MABIT untuk edisi pertama bagi tahun 2010 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di F15, Shriram Sadhana Apatment. Program ini telah disertai 20 orang pelajar IMS bertujuan untuk memantapkan keimanan individu Muslim, merapatkan ukhuwwah sesama Muslim dalam melahirkan masyarakat rabbani.


Program ini bermula pada pukul 11 malam (Sabtu) sehingga 7 pagi (Ahad). Pada sebelah malam, program bermula dengan sedikit peringatan ringkas daripada saudara Ahmad Farid Nazmi bin Abdul Halim tentang matlamat sebenar manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Kemudian, program diisi dengan slot Sharing Moment yang bertajuk ‘The Essence of Matter’ yang disampaikan oleh saudara Zulhilmi Hasif bin Mohd Asri. Pengisian ini bertujuan memperjelaskan lagi tentang hakikat sebenar kebendaan. Program berlanjutan sehingga 12.30 malam.

Saudara Farid Nazmi memberi peringatan ringkas
Saudara Zul Hilmi memberi pejelasan tentang konsep kebendaan
Peserta khusyuk mendengar pengisian

17 Januari, para peserta bangun seawal 4.30 pagi menunaikan solat sunat tahjjud secara berjemaah, diikuti dengan solat Subuh berjemaah. Kemudiannya diteruskan dengan bacaan ma’thurat dan tazkirah ringkas bertajuk ‘Konsep Takdir Dalam Islam’ yang disampaikan oleh saudara Zulhilmi Hasif bin Mohd Asri.
Selepas tazkirah Subuh, peserta bergerak ke JP Park untuk brisk walk sambil menghirup udara pagi yang nyaman. Program ini diakhiri dengan sarapan pagi bersama.
Qiam
Tahajjud bersama
Bacaan Ma'surat selepas subuh




Biro Latihan dan Pembangunan Insan
IYA Bangalore.

1 Response to 'Program:MABIT Siri 1 2010'

  1. Anonymous Said,
    http://iyabangalore.blogspot.com/2010/01/iya-bangalore-anjurkan-mabit-siri-1.html?showComment=1266813186145#c7178746468345971024'> February 21, 2010 at 8:33 PM

    mengapa tidak:)

     

    Followers