Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Program: Nisa' IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore On 2:42 PM




Program: Nisa' IYA Bangalore Mengadakan Sesi Ta'aruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru
Bangalore, 16 Januari 2010: Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Selawat dan lafaz rindu buat nabi junjungan, Rasulullah saw. Rasa syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana kami telah diberi kesempatan untuk berkumpul dan berdaurah bersama-sama adik-adik junior batch ke-4.


Bertempat di Divya – MSR Gateway Apartment, program dimulakan seawal 7.45 malam dengan Solat Isya secara berjemaah. Usai solat Isya, sedikit kata-kata aluan dan pengisian ringkas diberi oleh wakil Syuranisa, Nurul Fadhliah Abdullah disusuli dengan sedikit penerangan tentang usrah. Nurul Fadhliah menekankan bahawa, usrah yang cuba dibawa bukanlah seperti sesi usrah yang lazimnya diadakan di sekolah, sebaliknya lebih kepada sesi tarbiyah yang disusuli dengan amal jama’ie.



Adik-adik 4th Batch khusyuk mendengar pengisian


Majlis diteruskan dengan tayangan video ringkas dari biro multimedia Syuranisa dan diselitkan dengan sesi mendeklamasi sajak yang bertajuk ‘ Dari ku untuk mu’ oleh Nur Akmal .

Kemudian, adik-adik dipecahkan kepada 14 kumpulan usrah dan sesi taaruf di dalam kumpulan usrah dimulakan. Setiap kumpulan usrah mempunyai maksimum 4 orang ahli dan minimum 3 orang ahli. Majlis berakhir kira-kira pikul 10.30 malam.



Sesi ta'aruf bersama naqibah masing-masing


Daurah kali ini merupakan titik permulaan bagi adik-adik junior batch ke-4 dalam program usrah. Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat adik-adik yang terpilih. Sesungguhnya kita tahu bahawa wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. Semoga dengan penglibatan di dalam usrah ini mampu untuk membentuk diri kita untuk menjadi muslimah solehah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. InsyaAllah.

Sedikit kata-kata buat muslimah di luar sana,

“Muslimah hari ini, mungkin kita tak sehebat muslimah solehah srikandi Islam terdahulu. Namun kita masih punya upaya untuk mencontohi sekadar termampu kita, untuk terus bermujahadah dalam meraih redha dan kasih Nya. Semoga kita mampu unutk menjadi neraca buat muslimah hari esok, permata indah hiasan dunia sementara, seterusnya menjadi contoh solehah wanita bidadari syurga.” Ameen.


Siti Nur Syamimi Bt Mohamad Asaad
Setiausaha,
IYA Bangalore.

0 Response to 'Program: Nisa' IYA Bangalore'

    Followers