Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Rijal-Rijal Yang Kita Mahu... Bukan Pengikut!

Posted by IYA Bangalore On 5:27 PM

Apa bezanya antara rijal pembawa dakwah dengan pengikut?

Rijal pembawa dakwah itu adalah insan-insan proaktif. Yang diikutinya adalah jalan serta metod dakwah yang dibawa oleh Murabbinya.

Pengikut adalah insan-insan yang pasif. Yang diikutinya adalah pengaruh yang dibawa oleh pemimpinnya.

Rijal-rijal sudahpun meletakkan sepenuh hatinya pada jalan dakwah, menginfak seluruh hidupnya untuk mengajak insan-insan lain kepada jalan ini juga. Mereka tidak bergantung kepada pemimpin untuk terus berjuang.

Pengikut belum pasti lagi meletakkan hatinya di jalan dakwah. Hatinya pada pemimpin, bergantung pada pemimpin. Andai rebah pemimpin, rebahlah perjuangannya.


Rijal itu sedikit bilangannya...

Pengikut itu ramai...

Seorang rijal, boleh membentuk rijal yang lain agar menjadi rijal sepertinya..

Seorang pengikut hanya boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima pendapatnya semata...






Di dalam badan dakwah, kita perlukan rijal, bukan pengikut. Maka pengaruh semata bukanlah menjadi ukuran, tetapi betapa ramainya rijal yang berjiwa seperti kita yang mampu kita hasilkan.

Untuk dapatkan pengikut kerjanya senang. Banyakkan ceramah, banyakkan menulis, petahkan pidato, banyakkan program, banyakkan kebajikan... nescaya ramai yang mahu jadi pengikut... terpesona dengan peribadi kamu... lalu pengikut mahu kamu jadi pemimpin mewakili mereka.

Untuk dapatkan seorang rijal? Ceramah kena buat, menulis pun kena buat, pidato pun perlu dipetahkan, kebajikan perlu diperbanyakkan... untuk apa? untuk kita identify di kalangan mereka yang terpengaruh, siapa yang cukup hebat untuk dijadikan rijal. Kemudian? Kerja seterusnya adalah kerja sebenar seorang Murabbi... membentuk rijal terpilih ini agar jadi seperti kita. Kerjanya bukan kerja mudah... hati perlu dimenangi, ta'aruf mesti didalami, didikan peribadi dibuat satu per satu, ideologi ditanam secara peribadi... kerja yang menuntut masa kerana bukan seorang rijal yang dikenal pasti tapi mungkin 5 atau 10 orang.

Hayat sesuatu badan dakwah amat bergantung kepada rijal yang dihasilkan kerana rijal inilah yang akan meneruskan perjuangan. Rijal terbaik yang boleh dibentuk adalah anak yang lahir dari benih kita sendiri; maka pemilihan zaujah yang turut memahami dakwah juga adalah pra syarat untuk memastikan anak itu ditarbiah agar menjadi rijal.






Pengikut? Belum pasti dapat meneruskan sebuah perjuangan. Kerana mereka hanya mengharapkan seorang pemimpin untuk mereka jadikan wakil bagi menyenangkan hidup mereka.





Anas Aminin W M Izzuddin
Bangalore

3 Response to 'Rijal-Rijal Yang Kita Mahu... Bukan Pengikut!'

  1. jannatul naim Said,
    http://iyabangalore.blogspot.com/2010/03/rijal-rijal-yang-kita-mahu-bukan.html?showComment=1270042154648#c6588874540953064751'> March 31, 2010 at 6:29 AM

    banyak yang tak berani pegang tanggungjawab sebagai rijal.. tak yakin dan tak mahu barangkali.. takut nak tinggalkan keseronokkan dunia yang lain apabila jadi rijal.. mungkin tak cukup mengenali apa kelebihan dan keistimewaan rijal.. syukran for sharing this article.. insyaAllah dapat bukak mata dan jiwa syabab2 di luar sana~

     

  2. Anonymous Said,
    http://iyabangalore.blogspot.com/2010/03/rijal-rijal-yang-kita-mahu-bukan.html?showComment=1270396210347#c3073327331538768852'> April 4, 2010 at 8:50 AM

    Tarbiyyah ...justeru utk membina "rijal2"..tarbiyyah yg bersifat rabbani...tarbiyyah yg bukan shj menyampaikan bhan, tp mendidik jiwa..tarbiyyah Quraniyyah & imaniyyah (QS 62:2)..Jazakallah atas prongsian..=)

     

  3. Buraidah Said,
    http://iyabangalore.blogspot.com/2010/03/rijal-rijal-yang-kita-mahu-bukan.html?showComment=1277505033398#c1762092175031351755'> June 25, 2010 at 3:30 PM

    hadafnya hati..kemudian aqli dan jasmani melahirkan sufi bahtah jundi bahtah..

     

    Followers