Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Program:Evening With Sisters

Posted by IYA Bangalore On 9:00 AM


Bangalore, 13 Februari 2010: Segala puji bagi Allah, Tuhan  yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya, program “Evening With Sisters” yang dirancang pada saat-saat kesibukan musim peperiksaan ini dapat dilangsungkan dengan baik. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendoakan kejayaan mahasiswa-mahasiswa di IMS, Bangalore yang akan menduduki peperiksaan yang semakin hampir, khususnya Batch 1 dan 2; di samping merapatkan ukhuwah sesama akhawat di sini. Kedatangan 2 orang ‘sisters’ dari tanah air, iaitu Aishah Md Ali, dan Dr Norsyarifah Hashim menjadikan program ini lebih istimewa.



Bertempat di rooftop Block C Dwellington Apartment, majlis dimulakan dengan Ummul Furqan disusuli dengan majlis jamuan ringan.Jamuan yang diadakan adalah secara 'Pot Luck'; iaitu makanan dibawa oleh akhawat yang hadir pada petang itu.Aneka jenis juadah yang terhidang adalah disediakan sendiri; menjadi salah satu tarikan kepada program ini.
Selesai makan, program diteruskan dengan solat Maghrib dan solat Hajat secara berjemaah. 



Sejurus itu, sedikit kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Khairunnisa’ Makmon dan Syarifah Naiemah menjadi pembukaan kepada slot pengisian pada malam itu. Penjelasan tentang konsep ‘Tawakal’ telah disampaikan dengan baik oleh Dr Norsyarifah; atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kak Syaf. Kak Syaf telah menekankan bahawa konsep tawakal itu adalah kebergantungan sepenuhnya seorang mukmin kepada Allah dalam setiap aspek kehidupannya setelah bertungkus-lumus berusaha. Penerangan yang padat dan mantap itu telah membuka minda dan melapangkan dada golongan akhawat yang hadir tatkala sedang sibuk mempersiapkan diri disaat-saat hampir dengan peperiksaan ini.

Majlis diteruskan dengan tayangan video ringkas dari biro multimedia Syuranisa’, tetapi atas masalah teknikal yang berlaku, tayangan ditangguhkan dan majlis disusuli dengan solat Isyak secara berjemaah. Sebelum majlis ditangguhkan dan bersurai, akhawat bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.



Diharap dengan program yang dianjurkan ini, dapat mengeratkan silaturrahim, dan amalan mendoakan sahabat-sahabat dapat diterapkan. Sesungguhnya “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang Muslim tanpa pengetahuan saudaranya itu pasti akan diperkenankan (oleh Allah), akan diutuskan Malaikat disisinya setiap waktu ia berdoa untuk saudaranya, lalu Malaikat itu berkata, amin dan bagi kamu apa yang kamu doakan (untuk saudaramu itu)”, [riwayat Imam Muslim].   




WN Fayyadhah Wan Musa.
Setiausaha,
Wardatul'ammah,
IYA Bangalore.


1 Response to 'Program:Evening With Sisters'

  1. Dr Zaira Said,
    http://iyabangalore.blogspot.com/2010/02/programevening-with-sisters.html?showComment=1266204881396#c7157892604140663145'> February 14, 2010 at 7:34 PM

    ehem2. macam kenal gambar2 ni. hehe.

     

    Followers