Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Galeri:Lagu Tema Winter Camp 09

Posted by IYA Bangalore On 6:33 AM 0 comments

doa rabitah

Posted by IYA Bangalore On 4:45 AM 0 comments



| edit post

rangkuman winter camp

Posted by IYA Bangalore On 10:09 AM 0 comments




| edit post

winter camp promo episod 2

Posted by IYA Bangalore On 9:03 AM 0 comments

| edit post

winter camp promo episod 1

Posted by IYA Bangalore On 9:02 AM 0 comments

| edit post

Perutusan Peperiksaan Untuk Batch 4 IMS

Posted by IYA Bangalore On 9:28 AM 0 comments
Kepada:
Adik-adik Batch 4 yang dikasihi sekalian,

IYA Bangalore di bawah Biro Kerohanian MSA Bangalore ingin mengutuskan Salam Perjuangan kepada kalian semua, dalam menempuh First Internal Assessment Phase 1 yang bakal berlangsung sedari 14 hingga 18 Disember 2009.

Platform kita sebagai pelajar adalah luas, dan ini termasuklah di arena ilmu pengetahuan. Dalam kesibukan mentelaah pelajaran, perintah dan suruhan Allah janganlah kita abaikan. Ingatlah bahawa kejayaan yang kita perolehi bukanlah penghasilan kudrat kita. Tetapi ianya hanya semata kurniaan dan pemberian dari Allah yang Maha Kaya. Ingatlah di dalam Al-Quran, Allah swt berfirman:

“Maka apabila manusia ditimpakan bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, ‘Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.’ Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah Az-Zumar: 49)

Kami doakan agar perjuangan kalian, mengais ilmu sedalam mungkin supaya Islam itu layak dijunjung oleh makhluk Allah bergelar manusia yang telah diamanatkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Moga Allah swt memperkenankan diri kalian untuk menggunakan khazanah ilmuNya. Diharapkan segala ilmu yang terbuku di dada dapat dizahirkan dalam bentuk amal Islami, bagi mengajak manusia kembali menyembah, tunduk dan taat kepada Allah yang Maha Esa. Moga kita dapat menjadi pemuda-pemudi yang menyambut panji-panji Islam yang pernah dikibar oleh Rasulullah saw, para sahabat dan solafussoleh dan rasul-rasul terdahulu yang giat menyebarluaskan kalimahNya di muka bumi ini.

Peperiksaan ini adalah satu daripada juzuk kehidupan kita yang besar. Kita percaya bahawa ia merupakan salah satu cabang-cabang jihad yang menuntut kesungguhan demi meraih keredhaan Allah. Peperiksaan itu tidak seharusnya menjauhkan kita daripada Allah swt. Segerakan bermuhasabah, mencari silap dan titik alpa sekiranya ia berlaku. Ingatlah, setiap perbuatan itu kita di dunia ini adalah pengabdian kita kepada Allah. Ibadah seharusnya mendekatkan kita dengan Pencipta, bukan sebaliknya. Berusahalah mempersiapkan apa yang termampu sebelum bertempur di medan jihad kelak. Saling membantu sesama rakan dalam adab-adab dan batasan syara’, kepada Ilahi bulatkan segala tawakkal dan pengharapan. Firman Allah:

“…Kemudian, apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.” (Surah Ali-‘Imran: 159)

Sesungguhnya tiada yang susah mahu pun senang melainkan Dia yang menentukan segalanya. Peperiksaan bukanlah medan untuk menguji siapakah yang lebih pintar, namun ia adalah suatu medan untuk menguji sejauh mana kebergantungan kita padaNya. Letakkan kepercayaan kalian padaNya. Usah takut, usah gentar.

Islam pernah suatu ketika gemilang dipersada dunia fana’ ini. Ayuh kita bersama mengulang zaman yang pernah terpahat dalam sejarah dunia itu. Bersama kita mengembalikan Islam ketempatnya.

‘Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam’

Wallahu Walliyut Taufiq.

Selamat berjuang wahai Mujahid dan Mujahidah.

Salam ukhuwah fillah,

Ahmad Farid Nazmi bin Abdul Halim
Pengerusi
IYA Bangalore

| edit post

Perutusan Sempena Eidul Adha 1430H

Posted by IYA Bangalore On 5:54 AM 0 comments

Assalamu'alaikum wbt.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, kepada keluarga baginda, para sahabat baginda serta para mujahidin yang telah mengikut jejak langkah mereka.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Alhamdulillah kita sekali lagi diberikan peluang dan ruang untuk menyambut hari kebesaran dan hari perayaan dalam agama kita iaitu Eidul Adha. IYA mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan tahniah kepada semua dengan kehadiran hari yang mulia ini. Moga-moga Allah swt menerima amalan kita serta yang lainnya yang merayakan hari ini dengan penuh kesyukuran dan dibatasi dengan syariat Ilahi.

Allah swt menukilkan peristiwa besar 10 Zulhijjah ini di dalam Al-Quran. FirmanNya: "Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Alah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar." (Surah Ash-Shaffat: 102)

Begitu besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim as serta isteri tercinta Hajar dan anak tersayang Nabi Ismail as. Pengorbanan sebeginilah yang mahu kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim. Tunduk dan patuh secara total kepada perintahNya tanpa merasa keberatan, banyak soal dan tidak bertangguh, walau pun rahsia dan hikmah di sebalik perintah itu tidak diketahui. Inilah erti pengorbanan yang sebenar.

Kita sebagai manusia tidak mempunyai pilihan, kecuali menjadikan hidup di bawah naungan syariat Allah swt yang sempurna. Sedarlah, sesungguhnya hidup beragama itu bukan suatu perkara yang membebankan. Segalanya terserah kepada kita, mahu atau tidak sama sekali tidak menjejaskan kedudukan Allah swt sebagai Tuhan Yang Satu.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Hari ini adalah hadiah daripada Allah, sambutlah ia dengan amalan yang taat. Lakukanlah ziarah, rapatkanlah hubungan sesama muslim, gembirakanlah golongan miskin dengan bersedekah kepada mereka dan lakukanlah ibadah dengan sebaiknya.

Moga segala amalan kita mendapat redhaNya.


Ahmad Farid Nazmi bin Abdul Halim

Pengerusi IYA Bangalore.










| edit post

Seruan Buat Bakal Doktor Di India

Posted by IYA Bangalore On 4:15 AM 0 comments
Bangalore, 7 Nov. - Suasana pengamal-pengamal perubatan masakini di tanahair cukup merisaukan. Ini dilihat dari kualiti kerja yang semakin menurun di kalangan pengamal-pengamal perubatan terutamanya mereka yang baru tamat pengajian. Senario ini mungkin berlaku disebabkan pengamal-pengamal perubatan masakini lebih mementingkan soal gaji daripada kerjaya dalam bidang perubatan itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Prof. Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin, Timbalan Pengerusi Sekretariat Luar Negara ISMA menyeru pelajar perubatan di sini untuk lebih komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati hakikat bahawa tugas seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya.










| edit post

Moment For Palestine 3

Posted by IYA Bangalore On 5:32 AM 0 comments

“ Sesiapa yang meguasai Palestin, maka dia menguasai dunia.”-Solahuddin Al-Ayyubi


Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa kerana dengan limpah dan kurnianya, Moments For Palestine (MFP) siri ke 3 berjaya dijalankan dengan jayanya. Program MFP-3 ini telah diadakan pada 8 Nov 2009 berlokasi di Auditorium IMS Bangalore. Program ini merupakan anjuran Islamic Youth Association of Bangalore dengan kerjasana Aman Palestine Malaysia Berhad, Malaysian Students Association of India (MSAI) Bangalore dan juga International Medical School Association (IMSA). Program dimulakan pada pukul 10 pagi dengan jumlah kehadiran dengan anggaran seramai 200 orang.



| edit post

Moments for Palestine and Medicine Coffee Shop

Posted by IYA Bangalore On 8:27 AM 0 comments



IYA Bangalore brings you Moments for Palestine and Medicine Coffee Shop... Two programmes to widen our horizon. Don't miss the chance... All are invited to come....

Medicine Coffee Shop: 7th Nov 09 (Saturday)
8 PM
Shriram Sadhana Club House

Moments for Palestine: 8th Nov 09 (Sunday Morning)
9 AM- 1.00 PM
IMS Auditorium

Spread the News!!!

| edit post

IYA Bangalore brings you Medicine Coffee House

Posted by IYA Bangalore On 10:40 AM 0 comments
In conjunction with the Moments for Palestine programme held on 8th Nov, IYA Bangalore proudly brings you a not-to-be-missed
Medicine Coffee Shop on
7th Nov 8PM at Shri Ram Sadhana Club House
We bring you a couple of successful doctors ie
Dr Zainurrashid and Dr Nazihah.
Query anything, ask everything. Know more about your future as a doctor. Embrace this chance!!!
ALL Are INVITED



| edit post

Selamat Datang kepada Pelajar Baru

Posted by IYA Bangalore On 6:13 AM 1 comments
IYA Bangalore mengucapkan selamat datang kepada pelajar IMS yang baru. Semoga permulaan yang baru ini diiringi niat yang murni dan sejahtera. Selamat melangkah ke alam perubatan. Selamat memulakan sebuah perjuangan.




| edit post

Iktibar Kemenangan Badar Kubra 17 Ramadhan

Posted by IYA Bangalore On 8:24 PM 0 comments
Tanggal 17 Ramadan 624M, Allah swt telah mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di Pekan Badar, yang terletak kira-kira 150 km dari Kota Madinah. Ia bukan sahaja merupakan salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam dan para Anbiyak ra sepanjang zaman. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para Duat sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan.

Setelah umat Islam terpaksa berhijrah kerana agama, meninggalkan kampung halaman turun temurun, sanak saudara serta harta benda mereka di Mekah, Rasulullah saw tidak membiarkan kerugian ini berlarutan tanpa pembelaan untuk umat Islam dan pengajaran kepada kaum yang zalim. Sebaik mendengar rombongan dagang Abu Sufian bergerak dari Mekah menuju ke Syam di mana sudah pasti rombongan tersebut akan melalui Madinah yang berada di tengah-tengah perjalanan, Rasulullah saw merancang untuk merampas harta dagangan tersebut. Di Mekah dahulu, umat Islam diminta bersabar oleh Allah swt dalam menanggung derita, melalui ayat Al-Quran, “Wahai orang-orang beriman, tahanlah tangan-tangan kamu (jangan bertindak terhadap orang-orang yang menyiksa kamu), dan dirikanlah solat” (Al-Quran). Solat sahaja adalah tindakbalas yang boleh mereka lakukan apabila disakiti atau dianiaya oleh Quraisy.

Setelah Hijrah, turunlah ayat “Diizinkan (berperang) kepada yang diperangi kerana mereka dizalimi. Dan sesungguhnya Allah berkuasa memenangkan mereka. (Iaitu) orang-orang yang dihalau dari rumah-rumah mereka (di Mekah dll.) tanpa (alasan yang) hak, melainkan mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Allah” (Al-Quran). Umat Islam Muhajirin dizalimi dan kini Allah izinkan perang. Rombongan dagang Abu Sufian seramai 40 orang meluncur laju, berjaya melepasi Madinah dan tiba ke Syam. Rasulullah saw menunggu mereka pulang melalui Madinah, jaraknya 400 km sebelum tiba ke Mekah di selatan.

Apabila menghampiri Madinah, Abu Sufian dapat merasai bahaya yang menunggu, sedang beliau diiringi oleh hanya 40 orang pedagang, bukan pejuang. Dia meramas tahi-tahi unta yang berdekatan. Ia berisi biji-biji kurma. Pasti ia unta dari tentera perisikan Muhammad saw kerana unta-unta Madinah, sebuah bandar pertanian kurma, memakan buah kurma, sedang unta-unta kabilah lain memakan rumput kering. Abu Sufian menghubungi pimpinan Quraisy di Mekah. Mekah menghantar 1000 tentera. Harapan 313 orang Islam untuk melawan 40 pedagang bersama Abu Sufian meleset. Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Bilangan mereka turut serta mencapai 313 orang kerana untuk memikul pulang ke Madinah harta rampasan dagangan, bukan untuk berperang, tetapi Allah mengatur dan mahukan mereka melawan 1000 tentera yang lengkap bersenjata untuk berperang. Demikian aturan Allah pada kali ini, lain dari kecenderungan dan harapan hamba-hambaNya di Madinah.

Orang-orang Ansar Madinah pernah memeteraikan Baiah Aqabah II untuk mempertahankan Rasulullah saw di Madinah, sedang pekan Badar berada di luar Madinah. Apabila rombongan dagang Abu Sufian berjaya bolos dan aman menuju ke Mekah, rombongan Islam seramai 313 orang tiada pilihan melainkan bertembung dengan 1000 tentera lengkap Quraisy di Badar. Jika orang-orang Ansar memilih untuk tidak menyertai perang tersebut kerana tidak termasuk dalam perjanjian, maka orang-orang Muhajirin sahaja yang akan berperang melawan tentera Quraisy, sedang bilangan mereka tidak sampai 90 orang. Bilangan Ansar ialah kira-kira 220 orang. Rasulullah saw tanya Abu Bakar As-Siddiq. Abu Bakar ra memilih untuk lawan dengan katanya, “Ajal“, bermaksud, “Ya (kita lawan)”. Umar Al-Khattab ra juga berkata, “Ajal“.

Orang-orang Ansar asalnya diam sahaja sehingga Rasulullah saw meminta pandangan secara umum, “Asyiruni ayyuhannas (berilah pandangan kamu wahai orang ramai)”. Saad bin Muaz ra berkata, “Tuan seperti hendak pandangan kami ya Rasulullah!!”. Mereka senyap kerana mereka ikut sahaja apa keputusan yang diambil oleh Rasulullah saw, bukan Badar tidak termasuk dalam Baiah Aqabah II. “Pergilah ke mana sahaja yang engkau mahu, kami akan bersamamu. Kami tidak akan berkata seperti kaum Musa as berkata kepada Musa (untuk memasuki Palestin), ‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, kami hendak lepak di sini’, tetapi kami (orang-orang Ansar) berkata, ‘Pergilah engkau bersama Tuhan engkau, kami bersama kamu berperang!!!”. (Apabila Saad syahid selepas cedera di Perang Khandaq, Nabi saw menyatakan bahawa arasy Allah bergegar dengan kematian Saad). Mereka adalah sebaik-baik umat yang telah dikumpulkan oleh Rasulullah saw sejak 15 tahun yang lalu, sebaik turun dari Gua Hirak.

“Ya Allah!!! Jika (kalah dan) musnah kumpulan ini pada hari ini (Perang Badar), Engkau tidak akan disembah selama-lamanya. Ya Allah!!! Berikanlah kemenangan (pada hari ini) yang telah Engkau janjikan kepada aku”, begitu munajat dan doa Rasulullah saw sehingga jatuh kain selendang dari atas bahunyanya. Kebanyakan tentera Islam tidak bersenjata dan terpaksa menggunakan pelepah-pelepah tamar untuk melawan Quraisy yang berpedang. Kuda hanya 2 ekor yang ditunggang oleh Zubair bin Awwam dan Miqdad Al-Aswad berdepan dengan puluhan kuda Quraisy.

Perang meletus diakhiri dengan kemenangan di pihak Islam yang serba kekurangan di segi kelengkapan tetapi tinggi di segi keimanan dan keperwiraan. Allah swt mendatangkan hujan dan ngantuk sebagai keamanan bagi jiwa tentera Islam. Allah swt menurunkan Malaikat. Belum sempat pelepah tamar memukul mengena leher musuh, leher tersebut terpenggal dek pukulan Malaikat. “Penggallah di atas leher. Penggallah dari mereka semua ubun-ubun (atas kepala)” (Surah Al-Anfaal).

Ghazwah Badar Al-Kubra meninggalkan berbagai pengajaran untuk kita para Duat dan umat Islam hari ini. Di antaranya ialah:

Pertama: Perang atau Jihad, sepertimana ia terdapat di dalam Seerah dan terbentang di dalam Al-Quran akan kewajipannya, ia adalah satu kefardhuan bagi umat Islam sehingga ke Hari Kiamat. Ia adalah suatu yang realiti. Persediaan ke arahnya adalah mesti. Tuntutan terhadapnya demi kemenangan Islam adalah pasti.

Kedua: Di dalam hidup ini, bahkan di dalam perjuangan Islam, kadangkala kita menghendaki sesuatu tetapi Allah menghendaki yang lain pula, dengan hikmah yang tertentu yang hanya diketahui olehNya. Allah swt yang memiliki Dakwah ini, Dia lebih tahu jalannya. Para Sahabat ra berharap dapat lawan 40 pedagang, tetapi Allah hendak mereka melawan dan mengalahkan 1000 tentera lengkap untuk berperang. Kita dituntut beriman, membuat persiapan sedaya mungkin, beramal semaksimanya, dan menyerah hasil amalan kita kepada Allah swt.

Ketiga: Bilangan dan kelengkapan bukan semestinya membawa kepada kemenangan dalam perjuangan. Hakikatnya, keimanan dan pertolongan Allah itu lah yang menentukan kejayaan. Oleh itu asas penting dalam Dakwah ialah Tarbiyah ke arah menghasilkan para Duat dan masyarakat yang Rabbani, bukan sekadar meramaikan bilangan pengikut dan licik mengatur strategi menentang lawan. Oleh itu Jemaah Islam adalah kumpulan manusia yang berhimpun di atas asas Tarbiyah. Tanpanya perkumpulan itu adalah seperti kelab, persatuan, parti, NGO, pertubuhan yang tidak banyak bezanya dari perkumpulan-perkumpulan yang telah sedia ada di mana-mana.

Semoga setiap detik peristiwa sepanjang Perang Badar Al-Kubra tersemat di dalam hati dan fikiran pemuda pemudi dan umat Islam seluruhnya, terutama dalam menghadapi serangan dan penjajahan Barat terhadap mereka yang saban hari semakin memuncak di zaman ini. “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berperang, walaupun perang itu tidak kamu sukai. Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu, sedang ia tidak baik untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran).



Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Sumber: Blog Ustaz Abdul Halim


Dalam memberi komentar tentang senario politik tanahair terkini, Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengatakan bahawa yang terjadi ketika ini ialah parti-parti yang bertanding menggunakan peluang mendapatkan kuasa agar boleh menekan orang di bawah pemerintahan mereka.

”Maka terjadilah politik ala permainan Melayu ”enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas”, parti yang dahulunya di bawah, setelah menjadi pemerintah mereka pula menggunakan peluang untuk menekan parti-parti lain, dan ini akan jadi satu pusingan yang tidak akan berhenti,” jelas beliau dalam sebuah forum bertajuk ”Memartabatkan Kesetiaan Bangsa” anjuran ISMA Cawangan Shah Alam & Klang.

Turut menjadi ahli panel dalam forum tersebut ialah Ir. Ahmad Jais Alias, Pengarah Radio IKIM.fm dan Encik Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA.

Ustaz Abdullah juga bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Puad Zarkashi yang mengatakan bahawa perlunya wujud ”Politik hati nurani” yang mana politik digunakan semata-mata sebagai alat untuk menebarkan kebaikan untuk masyarakat.

Oleh itu, Ustaz Abdullah menyatakan bahawa ISMA akan terus dengan misi memberi pendidikan politik kepada masyarakat, agar masyarakat dipecahkan dari duduk dalam blok-blok politik yang akhirnya tidak membawa kepada perpaduan. Ujar beliau lagi, senario ”enjit-enjit semut” ini bukan sahaja berlaku antara parti pemerintah dengan pembangkang, malah ianya juga turut berlaku dalam sesebuah parti itu sendiri. Apabila seorang calon memenangi pilihanraya parti, maka hanya orang dalam bloknya sahaja yang akan dinaikkan, dan yang di dalam blok lain akan diketepikan.

Forum tersebut memfokuskan kepada permasalahan umat Islam di Malaysia pada ketika ini, yang mana ISMA memberi pandangan bahawa bangsa Melayu terlebih dahulu perlu disatukan tanpa mengira parti agar umat Islam dapat dibela. Ustaz Abdullah juga melahirkan kerisauan tentang golongan Melayu kini yang sudah ”hilang identiti” berbanding dengan generasi Melayu awal dahulu.

”Dahulu kita ada pejuang bangsa yang sejati, dan pejuang Islam yang sejati. Tetapi kini semua itu tidak wujud lagi. Perjuangan nasionalis mahupun islamis telah diancam dengan arus liberalisasi, demokrasi dan globalisasi. Arus-arus ini telah menyebabkan parti-parti politik berkompromi tentang hak-hak bangsa semata-mata ingin mencapai kemenangan dalam pilihanraya,” tegas beliau.

Memberi contoh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Ustaz Abdullah mengatakan bahawa ahli gerakan tersebut dipenjarakan setiap hari, diseksa dan dibunuh, namun tetap kekal dalam tema perjuangan ”Islam Adalah Penyelesaian” tanpa terdorong untuk menuruti arus demokrasi yang lebih. Oleh itu, beliau berkata ISMA akan komited dalam mendidik masyarakat Muslim khususnya Melayu untuk kembali kepada ajaran Islam terlebih dahulu kerana inilah yang akan menjamin kejayaan yang hakiki.

Dalam soalan yang lain, Ustaz Abdullah juga berkata bahawa keghairahan sesebuah organisasi itu untuk meraih kesatuan ”segera” juga boleh menyebabkan perpecahan berlaku.

”Kesatuan tidak boleh dipaksa. Perbezaan ideologi atau pendapat adalah lumrah, sedangkan saudara kandung pun tidak sama, apatah lagi organisasi-organisasi yang besar?”

”Jalan terbaik ialah menghormati setiap pandangan mana-mana pertubuhan, dan mencari ruang untuk melakukan kerjasama. Memaksa kesatuan dengan cara meletakkan semua pertubuhan di bawah satu badan hanya akan menyebabkan perselisihan yang lebih besar.”

Forum tersebut berakhir pada lebih kurang jam 1 petang.


Norzafry b Norhalim
Wartawan/Jurufoto
Media ISMA

| edit post

Golongan Gugur Di Jalan Dakwah

Posted by IYA Bangalore On 3:27 AM 0 comments

Posted on 24 Jun 2009 by Ustaz Halim

Pada tahun-tahun 1980an, mereka ke luar negara kerana ijazah (foto kecil), namun kembali membawa Risalah. Tidak ramai yang kekal berAmal Jamaiyy bersama organisasi-organisasi Islam hari ini. Setelah berusia, ramai lebih bersama keluarga dan karier.

Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, gerakan Islam dikalangan pelajar Islam Malaysia di luar negara memuncak dengan dianggarkan 250 dari 2000 pelajar di Australia terlibat dalam usrah, 1500 dari 15,000 pelajar di Amerika dan seramai itu juga di United Kingdom. Angka ini saya pilih berdasar bilangan yang hadir dalam muktamar-muktamar tahunan yang diadakan di tiap satu negara, belum lagi mereka yang tak dapat hadir. Belum lagi peningkatan bilangan di tahun-tahun berikutnya. Belum lagi bilangan mahasiswa/i di universiti-universiti tempatan yang terlibat, walaupun pergerakan mereka agak dibatasi oleh akta dan kekangan-kekangan tempatan.

Hari ini, seperti saya, mereka berada diumur 40 dan 50an dan mempunyai anak-anak yang telah dan mula mengisi institusi-institusi pengajian tinggi pula. Mereka yang terus berada di dalam organisasi-organisasi Islam pada hari ini tidaklah seramai bilangan di atas, bahkan tidak mencapai suku darinya. Seperti makhluk lain, Dakwah Islam juga tunduk kepada Sunnah Alam yang efficiency amalnya sukar mencapai 1.0. 1.0 bermakna kita didik 100 orang dan 100 orang itu juga akan kekal dalam Jalan Dakwah tanpa gugur seorang pun. Kita isi petrol RM1.80 seliter untuk Tenaga Kinetik menggerakkan tayar, tetapi RM1.00 dihabiskan ke Tenaga Haba, RM0.30 ke Tenaga Bunyi dan RM0.50 sahaja ke Tenaga Kinetik (=0.50/1.80=28%).“The amount that you pay is not the amount that you get or expect”, kata pensyarah engineering saya dulu. Carnot Cycle (Thermodymanics) pun seingat saya hanya 0.6 maksimanya. Walaubagaimanapun, sebagai hamba, kita hanya dituntut beramal dan berusaha dalam Dakwah ini, manakala urusan Hidayah dan Istiqamahnya para Duat kita serahkan kepada Allah swt, Tuan punya Dakwah dan Hidayah. Di zaman Rasulullah saw juga ada yang gugur dalam rombongan Hijrah ke Habsyah dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

Namun begitu, Dakwah Islam adalah dakwah dikalangan manusia, diasaskan oleh para Rasul yang juga manusia, berpandukan Al-Kitab yang boleh ditelaah oleh manusia, berhadapan dengan kerenah dan serangan manusia. Maka Allah swt menjadikan Dakwah ini tunduk kepada Sunnah Alam yang meliputi peraturan berkaitan dengan tobiah/tabiat(nature) manusia. Dakwah dimulai dengan “Iqrak” iaitu ilmu dan kefahaman tentang Dakwah, kemudian Al-Muzammil iaitu aqidah, ibadah dan akhlak, kemudian Markaz Arqam Abi Arqam iaitu ukhuwwah, kesatuan dan Amal Jamaiyy, kemudian Bai’ah Aqabah, Hijrah dan Hudaibiah iaitu politik, negara dan kedaulatan.

Dari penelitian, diantara sebab-sebab yang membawa kepada gugurnya para Pendakwah di jalan Allah di malaysia dari kalangan mahasiswa/i 1980an ialah :

  1. Kurang ilmu dan kefahaman tentang Islam, risalah dan objektif Islam terhadap masyarakat dan umat di dunia dan peranan menyeluruh yang mesti dimainkan oleh mereka. Islam bukan sekadar ingin menjadikan mahasiswa/i kakitangan yang saleh di Malaysia, malah lebih dari itu, sehingga menyebarkan panji-panji Islam ke seluruh dunia. Ini banyak disebabkan oleh bacaan yang terhad dan murabbi yang kurang arif.
  2. Lemah Tarbiyah, terutama jika ia hanya terhad kepada akhlak-akhlak Islam tanpa cuba memahami Seerah Rasulullah dan para Sahabat ra secara total dan menyeluruh, tidak terhad di Mekah dan Madinah, tetapi Dakwah dan tubuh mereka masuk ke benua-benua yang lain. Kesibukan menelaah pelajaran, menyiapkan kerja rumah/assignments, keterbatasan program dan rujukan disamping kelemahan murabbi menyumbang kepada lemahnya tarbiyah. Kewajipan Dakwah dan Amal Jamaiyy dalam mencapai cita-cita Islam kurang dihayati sepenuhnya.
  3. Lemah Ruh dan Ukhuwwah. Tarbiyah bukan sekadar meningkatkan pengetahuan dan fikiran, malah tarbiyah juga mentautkan hati-hati, menghormati, wafak/setia terhadap teman, murabbi dan seumpamanya. Alam pelajar yang rata-rata sebaya serta sering disibukkan dengan sepak terajang politik pelajar, banyak mengalih perhatian, pengalaman dan hati-hati dari sifat-sifat murni di atas. Gaya dan darah daging politik kuat mewarnai ramai personaliti mereka hingga ke hari ini walaupun mereka telah beranak cucu. Keterlibatan sebahagian pelajar dengan fenomena Asyiq (makwe pakwe, chatting dengan ajnabi dsb) melemahkan jiwa dan fokusnya kepada tarbiyah dan peningkatan diri hingga dia tak mampu menghadapi dugaan dan ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat para Pendakwah.
  4. Mengutamakan pelajaran melebihi Dakwah, walau setelah lama mengikuti Tarbiyah dan mendidik orang lain pula. Jika ini berlaku sehingga setelah tamat pengajian masing-masing, Karier akan mengambil tempat Pelajaran sebagai nombor satu dalam hidup, manakala Dakwah akan tetap kekal sebagai nombor dua sepanjang hayatnya, dari alam pelajar hingga masuk ke alam kerja. Apa yang sebenar dituntut ialah cemerlang di dalam Pelajaran (kepujian kelas satu, jika boleh) tetapi ia tetap di nombor dua selepas Dakwah. Dakwah tetap bertahta dan menduduki tempat pertama di dalam hati.
  5. Ketidakjelasan Manhaj Taghyir (cara merubah umat kepada Islam). Ini menjadi lebih ketara selepasAnwar Ibrahim menyertai UMNO dan mempopularkan manhaj “Islamisasi Ala-Mahathir” selama 16 tahun, sebelum beliau ditumbuk keluar dari UMNO pada tahun 1998. Ramai bekas mahasiswa/i 1980an yang tidak jelas Jalan Dakwah lebih dipengaruhi jalan yang akan mereka lalui dalam hidup hanya dengan merujuk senerio politik Malaysia semata-mata, lebih daripada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam Seerah. Ramai beranggapan “Daulah Islam” dicapai bila Anwar di dalam UMNO dulu menjadi Perdana Menteri atau bila Pembangkang di Malaysia mendapat tampuk kuasa, setakat itu pemahaman mereka dari usrah dan bacaan. Tidak kurang ada yang beranggapan “Daulah Islam” ialah apa yang ada sekarang.
  6. Himpitan dunia, terutama apabila mahasiswa/i tamat dan pulang dizaman Depression akhir 1980an dan ramai menganggur lama sebelum mendapat kerja. Secara umumnya, mahasiswa/i di Barat biasa dengan hidup senang dengan biasiswa berbanding pelajar di Timur Tengah ketika itu. Saya merasa hidup dan mencari nafkah di kedua-dua dunia Barat dan Timur Tengah. Di Australia, saya perlu bekerja 2 minggu sahaja dan boleh membeli kereta terpakai yang baik. Himpitan dunia di Tanahair sebaik tamat pengajian adalah satu sentakan mengejut dan mempengaruhi iltizam mereka dengan Dakwah. Umumnya, graduan dari Timur Tengah lebih kental menghadapi himpitan hidup, tetapi ramai kecundang dek godaan dunia dan pangkat.
  7. Godaan dunia, terutama diera Ekonomi Rantau Asia dengan pertumbuhan melebihi 8% sepanjang1990an. Disamping ramai Pendakwah yang disibukkan dan gugur, banyak NGO pula yang terkubur, termasuk AUSIS ketika itu, yang diasaskan oleh generasi saya pada tahun 1988.
  8. Lemah Organisasi dan teman-teman seperjuangan. Tidak jelas jalan dan matlamat Dakwah di Malaysia. Disamping himpitan dan godaan dunia, lebih memburukkan keadaan apabila teman dan badan Islam di Tanahair tidak mampu menunjukkan jalan yang jelas akan posisi dan peranan mahasiswa/i ini apabila mereka pulang ke Tanahair. Tidak ada pengumpulam pengalaman dan keberkatan berlaku di mana-mana badan Dakwah. Sesetengah pimpinan berusaha mencantas pimpinan yang lain, lalu mahasiswa/i yang asalnya ikhlas, hilang tempat pergantungan, menjadi bosan, kecewa dan gugur.

Demikian sedikit catitan pemerhatian sejarah dan realiti, mudah-mudahan bermenfaat kepada para Pendakwah terutama dikalangan mahasiswa/i hari ini di dalam dan di luar negara. Jalan terbaik dalam menghadapi fenomena ini ialah :

  1. Memantapkan tarbiyah golongan mahasiswa/i disegi manhaj, fikrah, murabbi, qadwah, Ukhuwwah, organisasi dan Amal Jamaiyy.
  2. Menyediakan bagi generasi masadepan organisasi yang mantap, berwibawa, jelas kefahaman tentang Risalah Islam dan Manhaj Taghyirnya, tajarrud pimpinan dan ahlinya, kuat Amal Dakwah dan pengorbanannya, utuh Ukhuwwah dan kesatuannya.
  3. Bekerja, berjihad dan berkorban melalui Manhaj Taghyir dan Jalan Dakwah yang sahih tanpa henti ke arah mendidik diri dan masyarakat Islam di sekeliling sehingga berlaku perubahan ke arah Islam yang dicita-citakan.

Kini berbekalkan kefahaman, keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan Dakwah, diadun dengan pengalaman dan pengamatan apa yang telah dan sedang berlaku dalam senerio dakwah dan politik Tanahair, kita mengatur langkah dengan lebih berhati-hati, tetapi lebih jelas dan yakin. Kepada Allah jua kita memohon Petunjuk dan TaufiqNya di sepanjang Jalan ini. Ameen.

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com


iftar bersama isma

Posted by IYA Bangalore On 3:12 AM 0 comments
jom ramai-ramai kita sama2 join majlis iftar medic muslim....pengakutan disediakan di komuter ukm..

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Posted by IYA Bangalore On 1:10 AM 0 comments



Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 

welcome to IYA Bangalore blog..=)

Posted by IYA Bangalore On 9:24 AM 0 comments
assalamualaikum..alhamdulillah,akhirnya, IYA Bangalore dpt menghasilkan blog IYA Bangalore..mudah-mudahan, ia dapat membantu kita smua sbg umat islam utk lebih mendekatkan diri kepada Nya..

insyaallah,blog IYA Bangalore akan menyiarkan artikel-artikel yg bermanfaat utk smua..




    Followers