Mari; sama-sama ringankan beban saudara kita: [klik] Let's Give A Helping Hand
Anda tahu tentang tanggungjawab yang datang bersama kalimah syahadah?
IYA & ISMA Bangalore mempersembahkan;Siri Eksplorasi Ad-Deen [SEED]
Sebuah Siri Kursus Pemantapan IlmuSiri pertama akan dianjurkan
Tarikh: Ahad 9 Mei 2010
Tempat : F15 Shri Ram Sadhana Apartment
Waktu : 9 pagi hingga 4 petang
Dua topik akan dikupas iaitu: Syahadatul Haq dan Usul 20
Penyampai:Anas Aminin & Zulhilmi Hasif
Tentatif seperti berikut:9.00 pg: Compass Setting9.15 pg-11.15: Slot 1- Shahadatul Haq11.15-1.00 ptg: Rehat dan Makan Tengahari (disediakan)1.00-3.00 ptg: Slot 2-Usul 203.00-4.00 ptg: Bengkel4.00 ptg: Bersurai
Ijlis Bina Nu'min Sa'ah; Mari kita duduk sejenak untuk membina semula iman kita.
Apa bezanya antara rijal pembawa dakwah dengan pengikut?
Rijal pembawa dakwah itu adalah insan-insan proaktif. Yang diikutinya adalah jalan serta metod dakwah yang dibawa oleh Murabbinya.
Pengikut adalah insan-insan yang pasif. Yang diikutinya adalah pengaruh yang dibawa oleh pemimpinnya.
Rijal-rijal sudahpun meletakkan sepenuh hatinya pada jalan dakwah, menginfak seluruh hidupnya untuk mengajak insan-insan lain kepada jalan ini juga. Mereka tidak bergantung kepada pemimpin untuk terus berjuang.
Pengikut belum pasti lagi meletakkan hatinya di jalan dakwah. Hatinya pada pemimpin, bergantung pada pemimpin. Andai rebah pemimpin, rebahlah perjuangannya.
Bermula awal Februari hingga awal April, pelajar-pelajar perubatan di IMS Bangalore diserang demam peperiksaan. Demam itu makin terasa pada tahun ini apabila pelajar tahun satu juga turut diheret sama ke dewan peperiksaan. Kebiasaannya 2nd Internal untuk pelajar tahun satu adalah pada bulan Mei, tetapi pada tahun ini nampaknya pihak admin mahu memukalkan semua exam untuk semua batch pada masa yang sama.
Bangalore, 13 Februari 2010: Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya, program “Evening With Sisters” yang dirancang pada saat-saat kesibukan musim peperiksaan ini dapat dilangsungkan dengan baik. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendoakan kejayaan mahasiswa-mahasiswa di IMS, Bangalore yang akan menduduki peperiksaan yang semakin hampir, khususnya Batch 1 dan 2; di samping merapatkan ukhuwah sesama akhawat di sini. Kedatangan 2 orang ‘sisters’ dari tanah air, iaitu Aishah Md Ali, dan Dr Norsyarifah Hashim menjadikan program ini lebih istimewa.
Bersempena dengan musim peperiksaan yang melibatkan keempat-empat batch di International Medical School (IMS), IYA Bangalore akan mengadakan satu majlis solat hajat dan tautan ukhuwah: Evening With Sisters yang melibatkan semua akhawat di IMS. Turut serta dalam majlis ini adalah tetamu istimewa dari Malaysia.
Tentatif Program adalah seperti berikut:
5 .00 p.m: Berkumpul
5.30 p.m : Potluck & Makan
6.30 p.m : Solat Maghrib; Solat Hajat dan Slot Pengisian
7.45 p.m : Solat Isyak
8.15 p.m : Bersurai
5.30 p.m : Potluck & Makan
6.30 p.m : Solat Maghrib; Solat Hajat dan Slot Pengisian
7.45 p.m : Solat Isyak
8.15 p.m : Bersurai
Oleh itu, semua muslimat dijemput hadir pada 13 February 2010 di Rooftop Block C Apartment Dwellington.
Come on girls! Let's get together.
Let us stay in unity.
See you there!
Bagi subjek Forensic Medicine untuk minggu ini dan beberapa minggu yang lepas, para pelajar 3rd Term di International Medical School, Bangalore mempelajari topik Thanatology atau dari sudut bahasanya membawa maksud a branch of science that deals with the study of death. Ya, belajar tentang kematian; khususnya perubahan fizikal yang berlaku terhadap mayat atau the dead body. Ketika di dewan lecture kami juga berpeluang untuk menonton satu tayangan video bedah sisat atau Autopsy ke atas mayat seorang wanita yang mati akibat dicekik atau strangulation.
"Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan menjadikan siang untuk terus bertebaran (mencari rezeki)"
[Al -Furqan, 47]
Petikan ayat al-qur'an di atas jelas membuktikan bahawa badan kita telah ALLAH ciptakan dengan sistem tersendiri; siang kita berasa cergas manakala malam pula kurang bertenaga..
Sebenarnya, badan kita ini dikendalikan oleh suatu sistem hormon yang mengawal tubuh secara rhythmic; dinamakan sebagai Pusingan Biologi.
Kita seringkali bertanya; Mengapa kita lupa? Mengapa kita salah? Dan mengapa kita tidak ingat akan pengetahuan yang kita miliki? Jawapan semua pertanyaan ini kembali pada dua perkara berikut:
PERTAMA: Kerana pembawaan dan fitrah. Ini kerana tingkat kecerdasan dan ketaqwaan seseorang itu berbeda.Menurut az-Dzahabi, Ibnu ar-Rwandi, seorang ahli falsafah atheis yang dianggap beragama Islam adalah anjing pelacak yang Allah beri kecerdasan namun tidak diberi kesucian jiwa. Dia adalah orang yang cerdas tetapi tidak suci, Allah melaknat orang cerdas yang mengingkari tuhan. Allah menghidupkan kebodohan dengan ketakwaan.





