Showing posts with label Refleksi. Show all posts
Showing posts with label Refleksi. Show all posts
Apa bezanya antara rijal pembawa dakwah dengan pengikut?
Rijal pembawa dakwah itu adalah insan-insan proaktif. Yang diikutinya adalah jalan serta metod dakwah yang dibawa oleh Murabbinya.
Pengikut adalah insan-insan yang pasif. Yang diikutinya adalah pengaruh yang dibawa oleh pemimpinnya.
Rijal-rijal sudahpun meletakkan sepenuh hatinya pada jalan dakwah, menginfak seluruh hidupnya untuk mengajak insan-insan lain kepada jalan ini juga. Mereka tidak bergantung kepada pemimpin untuk terus berjuang.
Pengikut belum pasti lagi meletakkan hatinya di jalan dakwah. Hatinya pada pemimpin, bergantung pada pemimpin. Andai rebah pemimpin, rebahlah perjuangannya.
Bagi subjek Forensic Medicine untuk minggu ini dan beberapa minggu yang lepas, para pelajar 3rd Term di International Medical School, Bangalore mempelajari topik Thanatology atau dari sudut bahasanya membawa maksud a branch of science that deals with the study of death. Ya, belajar tentang kematian; khususnya perubahan fizikal yang berlaku terhadap mayat atau the dead body. Ketika di dewan lecture kami juga berpeluang untuk menonton satu tayangan video bedah sisat atau Autopsy ke atas mayat seorang wanita yang mati akibat dicekik atau strangulation.
Kita seringkali bertanya; Mengapa kita lupa? Mengapa kita salah? Dan mengapa kita tidak ingat akan pengetahuan yang kita miliki? Jawapan semua pertanyaan ini kembali pada dua perkara berikut:
PERTAMA: Kerana pembawaan dan fitrah. Ini kerana tingkat kecerdasan dan ketaqwaan seseorang itu berbeda.Menurut az-Dzahabi, Ibnu ar-Rwandi, seorang ahli falsafah atheis yang dianggap beragama Islam adalah anjing pelacak yang Allah beri kecerdasan namun tidak diberi kesucian jiwa. Dia adalah orang yang cerdas tetapi tidak suci, Allah melaknat orang cerdas yang mengingkari tuhan. Allah menghidupkan kebodohan dengan ketakwaan.
Bangalore, 7 Nov. - Suasana pengamal-pengamal perubatan masakini di tanahair cukup merisaukan. Ini dilihat dari kualiti kerja yang semakin menurun di kalangan pengamal-pengamal perubatan terutamanya mereka yang baru tamat pengajian. Senario ini mungkin berlaku disebabkan pengamal-pengamal perubatan masakini lebih mementingkan soal gaji daripada kerjaya dalam bidang perubatan itu sendiri.
Sehubungan dengan itu, Prof. Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin, Timbalan Pengerusi Sekretariat Luar Negara ISMA menyeru pelajar perubatan di sini untuk lebih komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati hakikat bahawa tugas seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya.

