"Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan menjadikan siang untuk terus bertebaran (mencari rezeki)"
[Al -Furqan, 47]
Petikan ayat al-qur'an di atas jelas membuktikan bahawa badan kita telah ALLAH ciptakan dengan sistem tersendiri; siang kita berasa cergas manakala malam pula kurang bertenaga..
Sebenarnya, badan kita ini dikendalikan oleh suatu sistem hormon yang mengawal tubuh secara rhythmic; dinamakan sebagai Pusingan Biologi.
