Welcome To IYA Bangalore

Posted by IYA Bangalore

Blog Rasmi IYA Bangalore

Winter Camp 09

Posted by Admin On Disember - 19-21 - 2009

Winter Camp 09, Yellagiri, Tamil Nadu

MABIT

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Malam Bina Iman dan Takwa

Moment For Palestin

Posted by Admin on November - 8 - 2009

Program Aman Palestin

Program Nisa IYA Bangalore

Posted by Admin On January - 16 - 2010

Program: Nisa IYA Bangalore Mengadakan Sesi Taaruf dan Tazkirah Bersama Pelajar Baru

Projek Ramadhan di Bumi Palestin

Posted by sharemotivasi On 12:34 AM 1 comments

Allah akan bersamamu..

Posted by IYA Bangalore On 5:53 PM 4 comments


Didedikasikan khas buat Junior 4th batch yang akan menduduki Exam 3rd I.A. dan Final Exam kelak.


Adikku,
mungkin detik ini sudah lama kau tunggui,
mahupun yang amat ditakuti
hingga berpeluh tubuhmu,
tidak tidur malam,
malam ketakutan yang menggigit segala ruang akalmu,



Lantas dikau gelisah
(atau takut sebab tak gelisah dan resah pun)
Tak mampu tidur malam
Stress
cuak tahap giga; tak mahu fail, tak mahu RM2000 terbang begitu saja.

(tapi saya tahu awak pasti inshaAllah tenang dan dalam peliharaan Allah)
Setelah tarbiyah menemukan kita
mematerikan hati kita
mengindahkan setiap taman pertemuan kita,
merasai manisnya cinta di atas jalanNya,
adakah Allah akan meninggalkanmu?
Setelah tarbiyah mengenalkan kita
Akan diriNya,
mengenalkan kita
akan DeenNya
Mengeluarkan kita dari lumpur jahiliyah
kepada bersihnya Islam ini.
adakah Allah akan meninggalkanmu?
Sungguh di saat ini,
kau benar-benar faham
belajar ini adalah untuk Dia
Peperiksaan ini adalah untuk Dia
kejayaan ini jika ada
adala untuk Dia semata
semuanya untuk mendekatkan diri kita kepadaNya.


Allah memberitahu kita,:
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)
Sesuatu itu pasti berlaku di atas kehendak Allah.
Syed Qutub juga menukilkan dalam zilalnya:
Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.
Kita hanya disuruh berusaha.
Disuruh belajar sungguh2.
Buat kerja sungguh2.
tapi keputusan dan natijah, semuanya di tangan Allah.
Jangan fikirkan result semata-mata.
Jika kamu lulus,
itu hadiah Allah buatmu,
Jika kamu gagal,
itu batu lonjakan untuk kamu lebih dekat dengan Dia
bergantung harap pada Dia
Bertawakal pada Dia,
dan tentu memantapkan lagi studymu.
betapa ramai orang yang gagal dalam peperiksaannya,
akhirnya dia lebih pandai dari orang yang selalu berjaya?
yakinlah
segala ketentuan Allah
itulah yang terbaik buatmu,
Gagal
atau kejayaan
Yang penting, Allah nak tengok usahamu
Keikhlasan mu dalam usaha itu
Tawakal yang kamu letakkan setelah kamu berusaha.
Itu.
letakkan segala keputusan kepadaNya semata-mata.
Dan sambung syed Qutb lagi:
Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan
Oleh sebab itulah aku hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan hati yang tenang tenteram dan di sana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara.
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (18)
18. “Dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas sekalian hamba-Nya dan Dialah yang Maha Bijaksana dan Maha Mendalam ilmu-Nya.”
(Surah al-An’am)
وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ (21)
21. “Dan Allah Itu berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
(Surah Yusuf)




Itulah dia janji Allah adikku,
Yakinlah pada Dia,
Allah akan bersamamu.
Moga kamu beroleh najaah/kejayaan dalam imtihanmu.
Allah tetap bersama,
hamba yang sentiasa berpaut denganNya.
Yakinlah.
Kejayaan itu manis, bila kita merasakan semuanya datang dari Dia,
Bukan langsung dari usaha kita.
Moga Allah memeliharamu adik-adikku.

Artikel asal oleh muharikah
Editor : Amirah Saryati Muhammad Amin

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

Posted by IYA Bangalore On 9:53 PM 0 comments



Mari; sama-sama ringankan beban saudara kita: [klik] Let's Give A Helping Hand

| edit post

Program: Siri Eksplorasi Ad-Deen [SEED]

Posted by IYA Bangalore On 4:41 AM 0 comments


Anda tahu tentang tanggungjawab yang datang bersama kalimah syahadah?

IYA & ISMA Bangalore mempersembahkan;
Siri Eksplorasi Ad-Deen [SEED]

Sebuah Siri Kursus Pemantapan Ilmu
Siri pertama akan dianjurkan 


Tarikh:  Ahad 9 Mei 2010

Tempat : F15 Shri Ram Sadhana Apartment

Waktu : 9 pagi hingga 4 petang

Dua topik akan dikupas iaitu: Syahadatul Haq dan Usul 20

Penyampai:Anas Aminin & Zulhilmi Hasif

Tentatif seperti berikut:
9.00 pg: Compass Setting
9.15 pg-11.15: Slot 1- Shahadatul Haq
11.15-1.00 ptg: Rehat dan Makan Tengahari (disediakan)
1.00-3.00 ptg: Slot 2-Usul 20
3.00-4.00 ptg: Bengkel
4.00 ptg: Bersurai

Ijlis Bina Nu'min Sa'ah; Mari kita duduk sejenak untuk membina semula iman kita.


Rijal-Rijal Yang Kita Mahu... Bukan Pengikut!

Posted by IYA Bangalore On 5:27 PM 3 comments

Apa bezanya antara rijal pembawa dakwah dengan pengikut?

Rijal pembawa dakwah itu adalah insan-insan proaktif. Yang diikutinya adalah jalan serta metod dakwah yang dibawa oleh Murabbinya.

Pengikut adalah insan-insan yang pasif. Yang diikutinya adalah pengaruh yang dibawa oleh pemimpinnya.

Rijal-rijal sudahpun meletakkan sepenuh hatinya pada jalan dakwah, menginfak seluruh hidupnya untuk mengajak insan-insan lain kepada jalan ini juga. Mereka tidak bergantung kepada pemimpin untuk terus berjuang.

Pengikut belum pasti lagi meletakkan hatinya di jalan dakwah. Hatinya pada pemimpin, bergantung pada pemimpin. Andai rebah pemimpin, rebahlah perjuangannya.


Exam... Fasa Merapatkan Diri Dengan Allah

Posted by IYA Bangalore On 7:13 PM 0 comments



Bermula awal Februari hingga awal April, pelajar-pelajar perubatan di IMS Bangalore diserang demam peperiksaan. Demam itu makin terasa pada tahun ini apabila pelajar tahun satu juga turut diheret sama ke dewan peperiksaan. Kebiasaannya 2nd Internal untuk pelajar tahun satu adalah pada bulan Mei, tetapi pada tahun ini nampaknya pihak admin mahu memukalkan semua exam untuk semua batch pada masa yang sama




Dakwah... kenapa ia sungguh ekslusif?

Posted by IYA Bangalore On 4:59 AM 0 comments





Apa yang hadir dalam minda anda bila disebut perkataan 'dakwah'?

Tabligh?
Ustaz?
ceramah?
kopiah?
jubah?
usrah?

Bila disebut pendakwah golongan mana yang pertama sekali kita fikirkan?






Program:Evening With Sisters

Posted by IYA Bangalore On 9:00 AM 1 comments


Bangalore, 13 Februari 2010: Segala puji bagi Allah, Tuhan  yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w..
Alhamdulillah, rasa syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya, program “Evening With Sisters” yang dirancang pada saat-saat kesibukan musim peperiksaan ini dapat dilangsungkan dengan baik. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendoakan kejayaan mahasiswa-mahasiswa di IMS, Bangalore yang akan menduduki peperiksaan yang semakin hampir, khususnya Batch 1 dan 2; di samping merapatkan ukhuwah sesama akhawat di sini. Kedatangan 2 orang ‘sisters’ dari tanah air, iaitu Aishah Md Ali, dan Dr Norsyarifah Hashim menjadikan program ini lebih istimewa.

Promosi: Evening With Sisters

Posted by IYA Bangalore On 4:53 AM 1 comments





Bersempena dengan musim peperiksaan yang melibatkan keempat-empat batch di International Medical School (IMS), IYA Bangalore akan mengadakan satu majlis solat hajat dan tautan ukhuwah: Evening With Sisters yang melibatkan semua akhawat di IMS. Turut serta dalam majlis ini adalah tetamu istimewa dari Malaysia.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

5 .00 p.m: Berkumpul
5.30 p.m : Potluck & Makan
6.30 p.m : Solat Maghrib; Solat Hajat dan Slot Pengisian
7.45 p.m : Solat Isyak
8.15 p.m : Bersurai

Oleh itu, semua muslimat dijemput hadir pada 13 February 2010 di Rooftop Block C Apartment Dwellington. 

Come on girls! Let's get together.

Let us stay in unity. 


See you there! 






Bagaimana Hidup Kita Sesudah Mati?

Posted by IYA Bangalore On 5:39 AM 2 comments



Bagi subjek Forensic Medicine untuk minggu ini dan beberapa minggu yang lepas, para pelajar 3rd Term di International Medical School, Bangalore mempelajari topik Thanatology atau dari sudut bahasanya membawa maksud a branch of science that deals with the study of death. Ya, belajar tentang kematian; khususnya perubahan fizikal yang berlaku terhadap mayat atau the dead body Ketika di dewan lecture kami juga berpeluang untuk menonton satu tayangan video bedah sisat atau Autopsy ke atas mayat seorang wanita yang mati akibat dicekik atau strangulation.



    Followers